Kasih Menaruh Cinta
Kebelakangan ini saya sering menghabiskan masa dengan menonton filem atau siri kegemaraan di Netflix. Sementara mencari pekerjaan tetap di sebuah agensi, saya akan sentiasa meneroka filem filem yang bakal ditayang pada masa akan datang. Malahan, saya juga telah habiskan satu siri yang baharu saja ditayangkan di Netflix iaitu berjudul Dynasty. Semasa saya sedang meneroka filem filem di Netflix, saya ternampak dalam senarai di dalam list Trending on Malaysia iaitu berjudul Love Hard. Ia merupakan antara 10 terbaik yang ditonton oleh warga net di Malaysia.
Mari kita lihat apa yang saya dapat konklusikan dari filem ini; Spoiler alert
- Menyedari bahawa apa yang ditayangkan di media sosial tidak la selalunya indah.
Ia bermaksud kadang-kala manusia berselindung di sebalik muka yang cantik atau kacak untuk memikat hati para wanita mahupun jejaka. Bak kata pepatah "Indah khabar dari rupa", di mana Nina Dobrev iaitu watak utama dalam filem ini memegang watak sebagai Natalie Bauer. Beliau merupakan seorang yang sangat bercita-cita tinggi dalam karier dia. Walaubagaimanapun, dia menghadapi beberapa kekangan dalam percintaan dia. Dia sering berkenaan dengan jejaka yang berpura-pura menjadi individu lain. Beliau sangat kecewa dengan tindakannya dan berharap dapat ketemu lelaki idamannya.
- Jangan mudah percaya
Kita sebagai manusia sering mudah percaya kepada individu lain terutama cinta pandang pertama. Kita sanggup bermati-matian demi jejaka yang kita sendiri kurang pasti adakah mereka sahih atau tidak. Natalie yang bersungguh-sungguh mencari pasangan percaya bahawa Tag yang dikenali melalui aplikasi percintaan boleh membawa dia ke jinjang pelamin. Malang sekali, Tag bukanlah jejaka yang dianggap oleh beliau. Disebalik profil milik Tag itu, seseorang jejaki iaitu Josh berpura-pura menjadi Tag untuk memikat hati Natalie. Dan mengajak beliau menyambut Hari Natal di Lake Placid. Natalie sanggup berjelaja sejauh 3,000 batu demi jejaka idamannya.
- Rupa bukan segalanya
Walaupun Natalie dapat memikat hati jejaka yang sebenar Tag, tetapi beliau menyedari bahawa Josh Lin telah berjaya memenagi hatinya. Dia merasakan Josh sangat tulus dan menyayanginya seperti kekasihnya sendiri. Natalie sedar akan kelakuannya tetapi beliau tetap berpegang untuk mengejar cinta Tag dan sanggup menjadi orang lain untuk memikat hatinya. Tetapi lama kelamaan, Natalie tahu yang Josh Lin adalah jejaka yang ambil berat tentangnya. Beliau sedar Josh bukanlah jejaka lain yang hanya pentingkan paras rupa tetapi hati dan perlakuaan seseorang.
Sekadar pengajaran untuk para pembaca, apa yang kita suka tidak semestinya kita boleh memiliknya. Kadang-kala Tuhan telah mengatur yang terbaik untuk kita. Love hard antara filem yang memberi keunik yang berbeza berbanding filem-filem lain. Pada masa akan datang, saya akan lebih banyak memberi pengulasan lagi filem-filem lain akan datang. Sekian