Dampak Pandemik Covid-19 di Malaysia


Dampak Pandemik Covid-19 di Malaysia

November 1, 2021
Oleh Nur Syuhada

MALAYSIA: Tidak dinafikan bahawa virus kecil Covid-19 telah menggegarkan satu dunia, dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial di setiap negara. Ia telah terbukti selama 1 tahun pandemik Covid-19 telah memberi impak negatif kepada masyarakat terutama kepada para peniaga. Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor perniagaan merudum teruk kerana permintaan yang sedikit dan mereka telah bertukus-lumus menyelamatkan syarikat atau gerai sedia ada agar tidak ditutup.

Walaupun, kerajaan Malaysia secara proaktif mengambil banyak inisiatif untuk
merangsang dan meningkatkan ekonomi tetapi tetap terjejas oleh faktor-faktor kecil seperti tidak dapat menyelesaikan hutang kepada pembekal, sewa kedai sering meningkat dan sebagainya.

Selain daripada itu, pandemik Covid-19 juga memberi kesan ke atas pekerja dan majikan. Ia kerana, kebanyakkan syarikat telah gulung tikar dan terpaksa memberhentikan pekerja mereka pada waktu yang singkat. Banyak kajian lalu telah membahaskan bahawa jaminan pekerjaan amat penting kepada para pekerja kerana ia merupakan keperluan asas bagi setiap pekerja dan merupakan kesan besar terhadap kelangsungan hidup mereka. Hal ini demikian kerana, ia berkait rapat dengan kesejahteraan psikologi.

Seterusnya, kesihatan mental juga merupakan akar yang menyumbang kepada golongan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, terdapat statistik mengatakan bahawa kesihatan mental di Malaysia meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun implikasi Covid-19 telah membuka mata kepada ramai pihak, kerajaan Malaysia telah memberi inisiatif yang baik dan membantu dari segi ekonomi supaya beransur pulih dan lebih positif pada masa hadapan dengan harapan memberi sokongan kepada rakyat Malaysia.

Ironiknya, kita harus melindungi diri dan orang lain daripada Covid-19. Kita perlu bersikap konsisten melawan Covid-19 dan merupakan tanggungjawab bersama. Rakyat Malaysia haruslah sentiasa mengamalkan SOP yang telah dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan patuh pada garis panduan yang dikeluarkan oleh beliau supaya kita hidup bersama virus Covid-19 pada masa hadapan.